Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pusat Tuisyen Kami dilancar untuk pelajar kurang mampu
Published on: Sunday, August 13, 2023
Published on: Sun, Aug 13, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pusat Tuisyen Kami dilancar untuk pelajar kurang mampu
Gambar sekadar ilustrasi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pusat Tuisyen Kami di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Serdang, Petaling, Selangor hari ini dilancarkan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang untuk menyediakan pendidikan tambahan percuma kepada pelajar kurang berkemampuan. 

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif itu juga bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik, memenuhi tanggungjawab sosial kementerian itu kepada masyarakat dan merealisasikan aspirasi kerajaan untuk ‘Memperkasa Rakyat’ melalui pendidikan berkualiti.

Advertisement
Menurut kenyataan itu, tuisyen akan dilaksanakan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang digerakkan oleh KRT dengan menyasarkan pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 daripada keluarga kurang berkemampuan, berprestasi sederhana serta lemah dalam akademik. 

Kenyataan itu juga menyebut program berkenaan akan dilaksanakan melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang menyasarkan komuniti pedalaman, asnaf dan golongan B40.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini memberi fokus kepada enam mata pelajaran teras bagi SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam.

“Ia dilaksanakan selama satu tahun. Pada enam bulan pertama, kelas tuisyen akan dijalankan berserta pemantauan akademik, bengkel pembangunan modal insan atau pemupukan dan pembangunan. Seterusnya, Jejak Lepasan SPM akan dibuat selama enam bulan untuk memantau hala tuju pelajar dan keberhasilan program,” menurut kenyataan itu. 

Advertisement
Menurut Kementerian Perpaduan Negara, inisiatif bantuan makanan turut dilaksanakan sepanjang tuisyen itu bagi memastikan pelajar dapat menghadiri kelas dengan selesa dan fokus tanpa perlu berulang-alik ke rumah yang akan meningkatkan kos perbelanjaan logistik mereka.

Program itu mendapat kerjasama daripada Lembaga Tabung Haji yang menyalurkan dana sebanyak RM500,000 untuk pelaksanaan tuisyen bagi tempoh 2023/2024, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Advertisement
Tuisyen Kami yang merupakan antara inisiatif terbaharu kementerian itu dalam ‘Membangun Komuniti Madani’ turut mendapat kerjasama Perpustakaan Negara yang menyumbangkan sebanyak 500 buku dan seterusnya melancarkan Unity Library di KRT Taman Sri Serdang.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here