Kota Kinabalu: Parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS), walaupun menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN).
Mengumumkan perkara itu, Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee berkata parti itu menyasar untuk mempertahankan kerusi tradisinya, Likas serta Luyang, satu atau dua kerusi di Sandakan dan satu atau dua kerusi di Tawau, secara keseluruhan.
“Kehendak saya (untuk SAPP) untuk pilihan raya negeri akan datang adalah untuk bertanding menggunakan logo GRS yang diketuai oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Saya telah mengumumkan perkara ini semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) SAPP Zon Sandakan bulan lepas dan juga dalam AGM SAPP Zon Kota Kinabalu di sini.
Advertisement





