PENAMPANG: Setiap etnik yang ada di Borneo ini, termasuk kaum-kaum orang asal di Sabah berhadapan dengan risiko kepupusan identiti.
“Identiti yang dimaksudkan di sini adalah bahasa ibunda, pengetahuan tentang adat istiadat, musik tradisional, tarian tradisional, susur galur keturunan dan banyak lagi,” kata Presiden Pengamal Adat Sabah (Sunduan Nabalu), Shalmon Sanangan.
Menurutnya, fenomena kepupusan ini sedang berlaku dan terus berlaku sehingga akan sampai pada satu tahap nanti etnik tersebut akan pupus apabila tidak ada lagi penutur atau pengamal adat kaum mereka.
Beliau memberi contoh dalam kes orang asal di Sabah dan Sarawak di mana identiti orang asal tidak diambil kira dalam dasar dan polisi pendidikan negara. Mereka masih tergolong dalam kumpulan ‘lain-lain’ apabila diminta mengisi butiran diri dalam borang-borang rasmi kerajaan.
Advertisement





