Kota Kinabalu: Orang asal di Malaysia perlu memastikan tanah adat mereka dapat dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang, kata Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas) Paulus Gahin.
“Semua yang kita ada pada masa ini hanya dipinjam daripada generasi akan datang,” katanya pada sambutan Hari Orang Asal, di Institut Perhutanan Telupid, di Telupid.
“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab generasi sekarang untuk memastikan kekayaan sumber asli dan wilayah adat dapat diwariskan kepada generasi akan datang.”
Tambahnya, orang asal di Malaysia perlu menunjukkan solidariti dan meneruskan perkongsian mereka.
Advertisement





