Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pandangan peribadi Yong: GRS
Published on: Tuesday, August 15, 2023
Published on: Tue, Aug 15, 2023
Text Size:
Text:
Pandangan peribadi Yong: GRS
Menurut Nizam (kiri), perkara berkaitan kerusi DUN Sabah untuk pilihan raya negeri yang akan datang belum lagi dibincangkan. Yong (kanan)
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan GRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata kenyataan yang dibuat oleh Yong berkenaan cadangan SAPP agar GRS bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Negeri Sabah adalah pandangan peribadi beliau dan parti SAPP.

“Kita menghormati pandangan beliau namun ia bukanlah melambangkan pandangan GRS secara kolektif,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Advertisement
Menurut Nizam, perkara berkaitan kerusi DUN Sabah untuk pilihan raya negeri yang akan datang belum lagi dibincangkan oleh pimpinan tertinggi dalam GRS kerana fokus Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah pada masa ini ialah untuk terus komited melaksanakan segala agenda pembangunan negeri dan rakyat Sabah selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan YAB DSP Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri adalah stabil dan berjalan dengan baik atas sokongan semua pihak dari GRS dan PH Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita hargai dan berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan pimpinan PH Sabah terutama sekali semasa kita menghadapi ‘Langkah Kinabalu’ pada awal tahun ini iaitu krisis politik yang ditimbulkan oleh Warisan dan sebahagian pimpinan Umno Sabah.

“Sokongan dan kerjasama yang telah terjalin dalam kerajaan Perpaduan GRS Plus hari ini dapat diperkukuh dan diteruskan demi kebaikan rakyat dan kepentingan negeri Sabah tercinta,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here