Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kim Swee puji semangat berpasukan Sabah FC
Published on: Tuesday, August 15, 2023
Published on: Tue, Aug 15, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kim Swee puji semangat berpasukan Sabah FC
Kota Kinabalu: Datuk Ong Kim Swee memuji semangat berpasukan yang kuat ketika Sabah FC meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Kuala Lumpur FC di Stadium Likas pada malam Ahad lalu.

Sang Badak ketinggalan 1-2 ketika perlawanan berbaki 11 minit sebelum mereka membalikkan defisit pada masa kecederaan untuk meraih tiga mata berharga.

Advertisement
Selepas kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran pada separuh masa pertama, Stuart Wilkin menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52.

Kelebihan itu bagaimanapun hanya bertahan lapan minit apabila Romel Morales menanduk masuk gol penyamaan sebelum Haqimi Azim melakukan rembatan kencang untuk meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-71.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah FC berusaha bangkit dengan sokongan penyokong tuan rumah dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-79.

Park Taesu, seperti yang sering berlaku sebelum ini, hadir menjadi penyelamat sekali lagi apabila rembatannya terpantul sebelum menemui jaring.

Advertisement
Kemudian, pada minit terakhir perlawanan, pemain gantian Gabriel Peres menjaringkan gol kemenangan daripada hantaran Rizal Ghazali.

“Pemain-pemain menunjukkan sikap yang sangat positif dan mereka bekerja keras sehingga saat terakhir untuk membawa kemenangan kepada kami.

Advertisement
“Kami tahu ia tidak pernah mudah untuk menentang KL City. Mereka sangat efektif dalam permainan mereka dan kami tidak mendapat banyak peluang pada separuh masa pertama tetapi pada masa sama kami juga tidak melepaskan sebarang gol,” kata Ong selepas perlawanan itu.

Tambahnya, kebuntuan dalam 45 minit pertama membuka permainan pada separuh masa kedua.

“Separuh masa pertama tanpa jaringan memberi peluang kepada kedua-dua pasukan pada separuh masa kedua. Ia adalah perlawanan yang seimbang dan kami berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu sebelum ketinggalan.

“Tetapi seperti yang saya katakan, kami mempamerkan sikap yang betul sehingga ke penghujung dan berjaya meraih kemenangan.

“Pemain-pemain mesti memastikan mereka mengekalkan sikap ini dalam baki perlawanan. Ini penting kerana kami tidak boleh kehilangan mata lagi di sini kerana kita semakin menghampiri penghujung musim,” katanya.

Sementara itu, perlawanan Sabah FC yang seterusnya adalah aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia menentang Kuching City FC di sini pada Sabtu (19 Ogos) sebelum satu lagi perlawanan di tempat sendiri dalam saingan liga menentang Negeri Sembilan FC pada 26 Ogos.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here