Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki Australia didakwa buat ancaman bom palsu dalam pesawat MAS ke KL
Published on: Tuesday, August 15, 2023
Published on: Tue, Aug 15, 2023
By: AFP
Text Size:
Text:
Lelaki Australia didakwa buat ancaman bom palsu dalam pesawat MAS ke KL
Penerbangan Malaysia Airlines MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik pada petang semalam.
SYDNEY: Seorang warga Australia didakwa membuat ancaman bom palsu dalam penerbangan ke Malaysia, menakutkan penumpang dan menyebabkan ruang udara negara itu huru-hara.

Polis berkata, pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik tengah hari semalam selepas seorang penumpang mendakwa membawa “bahan letupan” dalam beg galasnya.

Advertisement
Menurut polis, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan sejurus pesawat itu mendarat di Sydney dan didakwa atas satu tuduhan membuat kenyataan palsu mengenai ancaman untuk merosakkan pesawat.

Pihak berkuasa sebelum ini menegaskan kejadian itu “tidak membawa ancaman kepada komuniti”, walaupun ia menyebabkan 32 penerbangan domestik terpaksa dibatalkan dan penerbangan lain tergendala lama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Polis Australia berkata, lelaki itu juga didakwa atas satu tuduhan tidak mematuhi arahan keselamatan kru kabin.

“Polis tidak boleh mendedahkan perkara berkaitan operasi ini. Tetapi, pelan tindak balas kecemasan dibuat dan pemindahan dimulakan selepas ia dianggap selamat untuk kru dan penumpang.”

Advertisement
Semalam, media melaporkan penerbangan MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik susulan “kekecohan” dicetuskan seorang penumpang.

Dalam video tular, lelaki itu dilihat memarahi kru kabin yang dipercayai cuba menenangkannya.

Advertisement
Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang Airbus A330 memutuskan untuk berpatah balik ke Sydney.

Malaysia Airlines dalam kenyataan berkata, pesawat membawa 194 penumpang dan lima kru itu selamat mendarat di Sydney.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here