Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mohamad Alamin kata Triti Laut Sulawesi tak libat Ambalat di tenggara Sabah
Published on: Tuesday, August 15, 2023
Published on: Tue, Aug 15, 2023
Text Size:
Text:
Mohamad Alamin kata Triti Laut Sulawesi tak libat Ambalat di tenggara Sabah
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menegaskan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dan kerajaan Sabah komited mempertahankan kedaulatan negara serta perairan Sabah. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

“Kita belum runding apa kawasan yang dikatakan sebagai Ambalat atau 200 batu nautika kea tas atau apa yang dikatakan sebagai zon ekonomi eksklusif (ZEE). Tidak dirundingi dan belum dirundingi,” katanya pada sidang media.

Advertisement
Mohamad berkata demikian susulan kenyataan Adun Tungku, Assaffal Alian, pada DUN Sabah 10 Ogos lepas yang mendakwa kononnya Malaysia menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.

Isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi atau Ambalat yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peta itu menunjukkan kawasan sempadan maritim itu terletak dalam perairan Malaysia tetapi Indonesia membantah peta itu.

Wisma Putra dalam penjelasan berhubung Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun lepas di Putrajaya sempena lawatan kerja Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia memaklumkan triti itu tidak melibatkan persempadanan maritim di ZEE dan pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia.

Advertisement
“Dalam erti kata lain, triti tersebut tidak melibatkan kawasan yang dirujuk Malaysia sebagai Blok ND6 dan Blok ND7 atau yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 20 Jun.

Mohamad berkata, setiap keputusan yang dibuat berkaitan soal triti maritim adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982.

Advertisement
“(Ia juga melibatkan) pakar antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan penglibatan kerajaan negeri Sabah. Tidak sekalipun sentuh soal Ambalat…jauh lagi kawasan itu,” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Sabah komited mempertahankan kedaulatan negara serta perairan Sabah.

Mohamad menggesa Assafal segera memohon maaf atas kenyataannya mengenai Ambalat, yang disifatkan Mohamad sebagai mengelirukan masyarakat dan berunsur fitnah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here