Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Yong perlu jelaskan pendirian: Kiandee. ‘Tiada parti boleh halang PN tanding di Sabah’
Published on: Wednesday, August 16, 2023
Published on: Wed, Aug 16, 2023
Text Size:
Text:
Yong perlu jelaskan pendirian: Kiandee. ‘Tiada parti boleh halang  PN tanding di Sabah’
Tambah Kiandee, Yong yang juga timbalan presiden GRS mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian mereka kepada PN berhubung dengan kenyataan itu.
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee menegaskan tiada mana-mana parti boleh menghalang parti politik lain untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi di Sabah.

Kiandee berkata, kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee yang mahu hanya parti tempatan bertanding di PRN negeri itu dibuat atas kapasiti sebagai anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa mengira kedudukan di peringkat nasional.

Advertisement
“Sebagai parti gabungan yang mempunyai sokongan paling tinggi dalam PRN12 Ogos lalu, menjadi hasrat PN untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri lain termasuk di Sabah.

“Tiada mana-mana parti politik yang boleh menghalang parti politik lain untuk mengambil bahagian dalam demokrasi di Sabah,” katanya di Facebook, lapor FMT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas kenyataan Yong, Isnin lepas, yang berkata tiada keperluan untuk melakukan perbincangan bagi kerjasama dengan parti bukan tempatan Sabah pada PRN akan datang.

Yong juga berkata GRS harus bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah pada pilihan raya negeri akan datang.

Advertisement
Tambah Kiandee, Yong yang juga timbalan presiden GRS mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian mereka kepada PN berhubung dengan kenyataan itu.

GRS diterajui Datuk Seri Hajiji Noor yang juga ketua menteri terdiri daripada Gagasan Rakyat, SAPP, Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Advertisement
Sementara itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata adalah tidak masuk akal untuk Yong mencadangkan parti-parti yang berpangkalan di semenanjung perlu mengetepikan pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi Umno Sabah itu berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan membenarkan semua parti berdaftar bertanding di mana-mana negeri.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menambah, Yong perlu melakukan pencarian jiwa kerana SAPP tidak mempunyai hala tuju kerana ia bersidang dalam dua gabungan, iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional.

“Di Sabah, Yong menyokong GRS di bawah Hajiji, iaitu dengan kerajaan perpaduan persekutuan. Di peringkat persekutuan, dia duduk bersama Perikatan yang menentang Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Bercakap selepas majlis SAPP pada Ahad lepas (13 Ogos), Adun Dilantik itu berkata memandangkan ia adalah pilihan raya negeri, hanya parti tempatan yang patut bertanding di 73 kerusi DUN.

Yong berkata beliau akan mencadangkan kepada kepimpinan GRS supaya parti-parti mesra termasuk Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan tidak menyertai persainganan, sambil menambah ini bagi mengelak sebarang pertindihan calon.

Bung Moktar berkata, SAPP sedang duduk di atas pagar dan cuba menikmati kedua-dua dunia dengan berada dalam kerajaan di Sabah dan pada masa sama, mahu menunjukkan bahawa ia bersama pembangkang di peringkat nasional.

“Saya nak tanya apa pendirian sebenar mereka? Saya mesti ingatkan Yong dan SAPP bahawa Perikatan adalah parti berasaskan nasional yang diketuai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS,” kata Bung Moktar.

“Adakah anda memberitahu Bersatu untuk meninggalkan Sabah? Bagaimana pula dengan naib presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee and Adun Dilantik (PAS) Dr Aliakbar Gulasan di Sabah?” tambahnya.

Bung Moktar berkata kenyataan Yong adalah tidak masuk akal, sambil menambah bahawa sudah tiba masanya untuk mereka menyedari bahawa parti nasional telah memainkan peranan utama di Sabah.

Beliau menambah bahawa parti tempatan seperti Usno, Parti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah gagal dalam politik Sabah dan masa depan yang sama untuk banyak parti berasaskan tempatan pada masa hadapan.

Bung Moktar berkata SAPP tidak memenangi satu kerusi pun dalam mana-mana pilihan raya yang ditandinginya selepas meninggalkan Barisan Nasional pada 2008.

“Saya percaya Yong sedar sepenuhnya bahawa dia telah kehilangan depositnya berulang kali dalam tempoh 20 tahun lepas. Bukankah ini mesej kepada SAPP, mereka telah kehilangan kerusi kepada parti nasional seperti DAP di kawasan majoriti Cina?” kata Bung Moktar.

“Rakyat Sabah telah menyokong Barisan yang diketuai oleh Umno Sabah dan parti-parti tempatan lain berulang kali sejak PBS meninggalkan Barisan pada 1990,” tambahnya.

Beliau berkata Yong adalah sebahagian daripada PBS apabila beliau meninggalkan Barisan pada pertengahan pilihan raya umum 1990 yang membawa Umno ke Sabah.

Tambahnya, Yong kemudiannya meninggalkan PBS untuk membentuk SAPP dan bergabung dengan Umno di bawah Barisan.

“Jadi apa yang Yong cakapkan apabila dia bercakap tentang menolak parti nasional?” katanya.

Bung Moktar mengingatkan Yong bahawa SAPP dan dirinya telah ditolak oleh rakyat berkali-kali sejak 20 tahun lalu dan kembalinya beliau kepada kerajaan GRS adalah dengan pelantikannya sebagai Adun Dilantik.

“Ia adalah kemasukan pintu belakang kepada kerajaan negeri dengan dicalonkan sebagai Adun. Yong harus membuktikan bahawa beliau mendapat sokongan rakyat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu,” kata Bung Moktar.

Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, berkata ramai yang bertanya tentang komennya terhadap Yong, Isnin lepas. 

“Saya berpendapat kenyataan beliau adalah tidak relevan dan tidak mewakili pendirian Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Namun, jelas SAPP cuba menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan Persekutuan dan Sabah dengan menyemai perbalahan dalam kalangan GRS dan Pakatan Harapan.

“Memandangkan SAPP masih dalam Perikatan Nasional, agendanya jelas dan saya percaya rakyat akan menilai sendiri,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here