Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Semua perlu main peranan semarak Bulan Kebangsaan: Ellron
Published on: Wednesday, August 16, 2023
Published on: Wed, Aug 16, 2023
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Semua perlu main peranan semarak Bulan Kebangsaan: Ellron
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook, turut berharap agar tiada isu pemasangan bendera Jalur Gemilang terbalik berlaku pada tahun ini, khususnya sepanjang Bulan Kebangsaan ini. 
KENINGAU: Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini.

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan perlu menunjukkan rasa cintakan negara dengan menganjurkan pelbagai program patriotisme pada Bulan Kebangsaan ini tanpa hanya menunggu anjuran daripada agensi kerajaan. 

Advertisement
“Kita juga merayu supaya bukan sahaja pihak kerajaan tetapi NGO atau orang perseorangan bersama-sama meraikan kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Semarak Gemilang dan Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 Peringkat Daerah Kecil Sook, Sabtu lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook, turut berharap agar tiada isu pemasangan bendera Jalur Gemilang terbalik berlaku pada tahun ini, khususnya sepanjang Bulan Kebangsaan ini. 

“Pastikan Jalur Gemilang mahupun bendera negeri dikibarkan dengan cara yang betul bagi menghormati Bulan Kebangsaan,” tegasnya.

Advertisement
Terdahulu, beliau menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang melalui Daerah Nabawan sehingga ke Daerah Kecil Sook, dan seterusnya melakukan pelepasan ke destinasi seterusnya iaitu Daerah Keningau.  

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng,  Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor selaku Ketua Konvoi, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sook, Tony Talasoi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here