KUNAK: Pemain industri pelancongan di sini yakin bahawa daerah Kunak bukan lagi asing bagi kalangan pelancong tempatan dan luar negara, malah membuktikan bahawa daerah di pantai timur itu kini menjadi destinasi persinggahan buat julung kalinya oleh pelayar-pelayar antarabangsa dalam acara Sail Malaysia Yacht Rally 2023.
Pemilik yang juga Pengurus Pusat Rekreasi Pelancongan Farfiq Sparkle di Pangi Kunak, Rosrizal bin Abdul Hassan berkata, beliau teruja apabila kawasan Jeti Farfiq Sparkle di perairan laut Pangi di sini menjadi lokasi persinggahan bot-bot layar antarabangsa tahun ini.
"Hari ini sangat bersejarah, syukur Alhamdulillah buat pertama kalinya Sail Malaysia memilih Kunak sebagai destinasi persinggahan pelayar-pelayar antarabangsa. Ini permulaan untuk Kunak terus melangkah maju kehadapan dalam industri pelancongannya,” katanya kepada Harian Ekspres, Selasa lepas.
Orang ramai dipelawa berkunjung ke Pusat Rekreasi Farfiq Sparkle di pinggir laut Pangi bagi menyaksikan bot-bot layar yang berlabuh dekat pantai di sana.
Bot-bot layar itu dijadual berada di Kunak sehingga esok.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






