Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penderaan kanak-kanak: ‘Wajar laksana hukuman maksimum kepada pesalah’
Published on: Thursday, August 17, 2023
Published on: Thu, Aug 17, 2023
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Penderaan kanak-kanak:  ‘Wajar laksana hukuman maksimum kepada pesalah’
Erveana juga memberitahu bahawa hukuman berat terhadap pesalah yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak di sebuah taska di Luyang, baru-baru ini, perlu diambil segera.
Kota Kinabalu: Peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak amat membimbangkan dengan rekod statistik pihak berkuasa menunjukkan 220 kes dilaporkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Pengerusi Biro Undang-Undang Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Erveana Ansari berkata, peningkatan kes penderaan kanak-kanak masih berlaku walaupun peruntukan hukuman di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibuat oleh Parlimen pada 2016.

Advertisement
“Hukuman penjara ringan tidak cukup untuk  memberi kesedaran dan menakutkan golongan yang mendera kanak-kanak, dan belum mampu untuk menjadi jaminan bahawa golongan tersebut tidak akan bersikap sedemikian pada masa akan datang.

“Kita maklum bahawa Kanun Keseksaan (Jenayah) diwujudkan dengan tujuan untuk melindungi masyarakat umum daripada bahaya dan jenayah yang dilakukan oleh segelintir mereka di luar sana yang tidak bertanggungjawab, dan individu yang mengancam keharmonian serta keselamatan,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here