Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Karnival terap budaya STEM
Published on: Friday, August 18, 2023
Published on: Fri, Aug 18, 2023
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Karnival terap budaya STEM
MADIUS meninjau pameran program Karnival SmaTStep.
Tuaran: Bagi membudayakan pelajar dengan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu, di sini menganjurkan program Karnival SmaTStep Siri 2.0 dengan menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan baru-baru ini.

Pengetua SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Awang Seman Awang Tahir berkata, program tahunan bermula 31 Julai sehingga 7 Ogos lalu itu turut menyaksikan Majlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 . 

Advertisement
“Selain bertujuan membudayakan STEM, program ini juga bertujuan meningkatkan kecemerlangan akademik dan merangka hala tuju masa depan dalam kalangan pelajar”.

“Pelbagai aktiviti dan pertandingan dijalankan bagi memberi manfaat serta peluang kepada pelajar untuk mengasah ilmu menerusi inovasi yang dicipta,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari kemuncak program Karnival SmarTStep di sini, 7 Ogos lalu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau yang merasmikan program dan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Indang Kasi Haji Sibin.

Advertisement
Menurut Awang Seman, peranan guru sebagai pendidik wajar melahirkan generasi muda yang mampu berdaya saing untuk berdepan cabaran industri 4.0 ketika era serba teknologi kini.

“Pertandingan inovasi atau STEM seperti Solar Oven Stem, Talent Show, Fashion Show, Fotografi dan Videografi STEM serta Bridge Building Competion yang menarik minat pelajar sudah pasti dimanfaatkan sepenuhnya,” tambahnya.

Advertisement
Dalam program itu, pelajar yang memperoleh keputusan SPM dan STPM cemerlang pada 2022 turut menerima penghargaan.

Turut diadakan dalam program terbabit adalah pemeriksaan kesihatan, bengkel kemahiran, kuiz kerjaya, pertandingan TikTok, poster saintifik, mencipta puisi dan lagu anti dadah, melukis, creative whatsapp sticker dan buku skrap digital.

Selain itu, acara busking, pameran STEM, pameran pendidikan kerjaya, pameran pendidikan pencegahan dadah, program derma darah, jualan makanan dan cabutan tiket bertuah.

Sementara itu, Madius berharap anjuran program Karnival SmaTStep diteruskan setiap tahun berikutan mampu membina jati diri dalam kalangan pelajar.

“Progam yang dijalankan membolehkan pelajar mengasah bakat masing-masing dan mewujudkan potensi tinggi yang mampu memberi impak besar kepada keperluan komuniti pada masa akan datang.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada warga sekolah dan pihak yang terlibat menjayakan program kerana sokongan dan kerjasama semua turut menujukkan persefahaman baik ke arah pembentukan nilai perpaduan kaum yang tinggi,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here