Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PTI cabul remaja dipenjara 12 tahun, kena lima sebatan
Published on: Friday, August 18, 2023
Published on: Fri, Aug 18, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
PTI cabul remaja dipenjara 12 tahun, kena lima sebatan
Najmi didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina tanpa dokumen (PTI) berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dikenakan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan amang seksual terhadap seorang warga Filipina bawah umur.

Najmi Tangan, yang menganggur, mengaku bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan atas pertuduhan menyentuh seluruh badan mangsa tanpa dokumen itu, 15, bagi tujuan seksual pada jam 4 petang 23 Mei, tahun ini di sebuah rumah kosong berhampiran Pasar Borong, Jalan Pintas Penampang, Penampang.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dacia Jane Romanus memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebelum kejadian, Najmi berkenalan dengan ibu bapa mangsa sekitar Mei di mana dia telah mendakwa bahawa dia adalah sepupu kepada bapa mangsa dari Filipina.

Tiga hari sebelum kejadian, Najmi menghubungi ibu mangsa dan menawarkan mangsa kerja di sebuah kedai runcit dengan gaji RM1,200 dan si ibu kemudian memberikan nombornya (Najmi) kepada mangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Najmi meminta mangsa mendapatkan wang saku daripada ibunya, yang kemudian memberinya RM50 sebelum Najmi mengarahkannya menaiki teksi e-hailing yang kemudian membawanya ke Plaza 333, Penampang dan bukannya ke Pusat Beli-belah Imago seperti yang diberitahu Najmi sebelum ini, dan bertemu dengan Najmi di sana.

Najmi membawanya ke kawasan pasar borong, memberitahunya bahawa kedai runcit tersebut terletak di situ.

Advertisement
Mangsa bagaimanapun dibawa ke sebuah rumah kosong di mana Najmi memberitahu dia mahu melakukan seks namun mangsa menolak.

Najmi cuba menanggalkan pakaian mangsa tetapi dia melawan dan ditumbuk bertubi-tubi pada muka dan dadanya sehingga remaja itu menjadilemah.

Advertisement
Najmi kemudian menanggalkan pakaiannya dan menyentuh seluruh badan mangsa dan cuba menanggalkan pakaiannya pula tetapi dia melawan dan kemudian ditumbuk di perut sehingga pengsan.

Apabila mangsa tersedar, dia mendapati dia ditinggalkan bersendirian dalam keadaan berbogel dan mendapati telefon bimbit serta wang sakunya hilang, kata pendakwaan.

Mangsa memakai pakaiannya dan berjalan berkaki ayam ke arah pasar borong untuk mendapatkan bantuan di mana seorang wanita, yang melihatnya menangis dan dalam keadaan tidak terurus serta mempunyai kesan lebam di mulut dan kepala, membantunya.

Mahkamah mendengar bahawa Najmi telah ditangkap oleh polis pada 27 Mei di Keningau.

Najmi, yang tidak diwakili, memohon hukuman itu berjalan dari tarikh dia ditangkap.

Dacia memohon hukuman berbentuk pencegahan dengan sebab, antara lain, ia adalah jenayah terancang dan Najmi mengambil kesempatan atas kepercayaan ibu mangsa terhadapnya untuk membawa remaja itu mencari pekerjaan.

“Kami ambil maklum bahawa dia mengaku bersalah pada peluang pertama, tetapi ini tidak sepatutnya bertindak sebagai diskaun, hukuman yang dikenakan harus mencerminkan ketidaksetujuan orang ramai terhadap jenayah dan kesalahan keji itu. Keadilan harus diberikan bukan sahaja kepada mangsa yang berdokumen tetapi juga kepada individu tanpa dokumen,” kata Dacia.

Pihak pendakwaan juga memaklumkan mahkamah bahawa Najmi sedang menjalani hukuman penjara empat bulan kerana tinggal di negeri ini secara haram.

Amir mengarahkan Najmi menjalani hukuman itu mulai Khamis.

Najmi didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here