Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah terbuka jalin usaha sama syarikat francais
Published on: Saturday, August 19, 2023
Published on: Sat, Aug 19, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah terbuka jalin usaha sama syarikat francais
Hajiji (tengah) bersama jemputan lain melakukan gimik perasmian restoran pandu lalu itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sentiasa terbuka untuk menjalin usaha sama dengan syarikat francais bagi meneroka peluang perniagaan di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kerajaan Sabah mempunyai banyak syarikat berkaitan kerajaan yang boleh memainkan peranan dalam merealisasikan kerjasama tersebut yang sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negeri.

Advertisement
“Bagaimanapun, ia terpulang kepada entiti-entiti (syarikat francais) berkenaan dengan siapa mereka mahu bekerjasama kerana dalam bidang perniagaan ini mesti ada keselesaan dan percaya antara satu sama lain.

“Konsep itu kita wujudkan supaya apa juga yang akan dilaksanakan akan berpanjangan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran McDonald’s Pandu Lalu Jalan Sulaman, di sini, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Phoong Jin Zhe, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Laurence Kimkuan.

Terdahulu, Hajiji menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara McDonald’s Malaysia dan KKIP bagi pemerolehan 1.61 hektar tanah di kawasan milik KKIP untuk membina hab pembekalan makanan lengkap bagi syarikat tersebut di Malaysia Timur.

Advertisement
Ia melibatkan tiga rakan pembekal McDonald’s Malaysia iaitu Bimbo QSR bagi bekalan roti bun, Tyson Foods bagi bekalan makanan seperti sayuran dan protein seperti nuget serta kepingan daging, manakala HAVI Logistics pula sebagai syarikat pengedar utama menyediakan kemudahan bagi penghantaran bekalan.

Hajiji menyambut baik rancangan McDonald’s untuk mewujudkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu di KKIP dan membuka lebih banyak restoran di Sabah kerana ia bukan sahaja dapat membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat malah turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri berkata, kerajaan Sabah komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah bekalan air di negeri itu menerusi penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang kerana ia adalah isu penting yang perlu diselesaikan segera. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here