Kota Kinabalu: Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) dan Unduk Ngadau Kaamatan Kebangsaan (UNK) 2023 menerima Anugerah The BrandLaureate (TBL Awards) 2022-2023 untuk Jenama Paling Berharga dalam Kecemerlangan Warisan Budaya untuk Pertandingan Paling Lama.
Anugerah itu disampaikan oleh pengasas TBL Awards Dr KK Johan kepada pengerusi Majlis Wanita KDCA Joanna Datuk Kitingan, di Kuala Lumpur, Rabu lepas.
Joanna berkata anugerah itu merupakan salah satu peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan bagi Majlis dan pertandingan itu.
“Diiktiraf sebagai Jenama Berharga di bawah kecemerlangan warisan budaya kerana menjalankan pertandingan budaya paling lama amat bermakna bagi kami,” katanya ketika dihubungi, Khamis.
Advertisement





