Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penagih syabu pukul kepala ibu dipenjara 4 tahun
Published on: Saturday, August 19, 2023
Published on: Sat, Aug 19, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penagih syabu pukul kepala ibu dipenjara 4 tahun
Konsaid telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama, dan boleh dipenjarakan selama tempoh sehingga dua kali lebih lama daripada tempoh maksimum untuk kesalahan itu. - gambar hiasan Pond5
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dikenakan satu sebatan kerana memukul kepala ibunya dengan batang kayu ketika khayal dadah kerana tidak diberi RM5 untuk membeli syabu.

Konsaid Yakob pada Jumaat mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Becky Sasie, 48, pada 2.50 petang 26 Mei, di sebuah rumah di Skim Penempatan Telipok, dekat sini.

Advertisement
Konsaid telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama, dan boleh dipenjarakan selama tempoh sehingga dua kali lebih lama daripada tempoh maksimum untuk kesalahan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jessica Ombou Kakayun memberitahu kepada mahkamah bahawa sebelum kejadian, Konsaid, ketika khayal dadah meminta RM5 daripada ibunya untuk membeli syabu, tetapi mangsa hanya memberinya RM3.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Konsaid, yang merupakan anak sulung mangsa, menjadi berang dan mengamuk serta mengambil kayu beruti dari bumbung rumah sebelum memukul kepala mangsa sehingga berdarah.

Konsaid juga memukul adik bongsunya apabila adiknya itu cuba menghalangnya, sebelum Konsaid melarikan diri kerana takut selepas melihat darah di lantai.

Advertisement
Konsaid kemudiannya ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh ibunya.

Siasatan lanjut polis mendapati Konsaid adalah seorang penagih syabu dan selalu mengamuk serta memukul ibunya, kata pihak pendakwaan.

Advertisement
Konsaid, yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.

Jessica memohon hukuman berbentuk pencegahan kerana Konsaid sanggup melakukan tindakan sedemikian kepada ibunya semata-mata kerana RM5.

Dalam kes lain, dua warga Filipina tanpa dokumen masing-masing dipenjara empat bulan dan dikenakan satu sebatan selepas mereka mengaku tinggal di negeri ini secara haram.

Nelayan Rixan Jikirani dan pekerja restoran Pare Saleh ditahan kerana melakukan kesalahan itu di Kg Ranau di Kota Marudu pada 21 Mac lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Imigresen Aizah Minin dan Gressia Yolanda Ismail Uvaraj di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Dana Arabi Wazani, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Sesyen.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here