Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganggur didakwa edar lebih 60g syabu
Published on: Saturday, August 19, 2023
Published on: Sat, Aug 19, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur didakwa edar lebih 60g syabu
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan. - gambar hiasan PixelSquid
Kota Kinabalu: Seorang penganggur didakwa secara tentatif di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah.

Jimsal Muhajm, 38, didakwa mengedar 63.74 gram syabu pada 2.30 petang 3 Ogos, di tangga tingkat tiga Blok 3Q, Unversity Utama Condominium, Fasa 3, Manggatal.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Jimsal, yang hadir di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Romario Jonoi, yang bersidang sebagai majistret, selepas pertuduhan itu dibacakan kepadanya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inspektor Navind Kumar Vijayan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan membantah ikat jamin untuk Jimsal kerana pertuduhan itu tidak mempunyai peruntukan untuknya.

Romario menetapkan 26 Sept untuk sebutan semula dan mengarahkan Jimsal ditahan reman selanjutnya.

Advertisement
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah menyerang seorang lagi lelaki di Penampang minggu lalu.

Aerol Semail didakwa menyebabkan kecederaan kepada Md Razman Ramli, 22, pada 7 malam 12 Ogos, di belakang Megalong Mall, pekan Donggongon.

Advertisement
Bagaimanapun, Majistret Stephanie Sherron Abbie menangguhkan fakta dan hukuman ke 13 Sept sementara menunggu laporan sosial tertuduh disediakan.

Aerol ditawarkan diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh itu.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here