Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Tindakan PN guna logo, tema Hari Kebangsaan berbeza khilaf, bermotif politik’
Published on: Sunday, August 20, 2023
Published on: Sun, Aug 20, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Tindakan PN guna logo, tema Hari Kebangsaan berbeza khilaf, bermotif politik’
IPOH: Tindakan Perikatan Nasional (PN) yang bercadang menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza di empat buah negeri di bawah pentadbiran gabungan itu disifatkan khilaf, tidak patriotik dan bermotif politik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata perkara itu seharusnya tidak berlaku memandangkan sambutan Hari Kebangsaan adalah salah satu pendekatan untuk menggambarkan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

Advertisement
“Hari Kebangsaan adalah sambutan seluruh negara, meraikan semangat kemerdekaan, semangat perpaduan dan semangat kenegaraan. Ia tiada kena mengena dengan pegangan atau ideologi parti politik. 

“Jadi adalah sesuatu yang amat khilaf bagi mana-mana pihak untuk mengajukan tema berbeza bagi sambutan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan di sini, hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata pihaknya kecewa dengan keputusan pembangkang itu dan tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza dengan yang digunakan di peringkat Persekutuan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here