Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Cadangan berbahaya kumpulan pelampau di Semenanjung: Upko
Published on: Sunday, August 20, 2023
Published on: Sun, Aug 20, 2023
Text Size:
Text:
Cadangan berbahaya kumpulan pelampau di Semenanjung: Upko
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Upko Malaysia, Felix Joseph Saang
Kota Kinabalu: Cadangan menubuh-kan kerajaan berasaskan satu kaum dan agama akan meletakkan negara dalam keadaan yang sangat bahaya.

Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Upko Malaysia, Felix Joseph Saang berkata, ia bukan saja menimbulkan masalah tetapi juga meruntuhkan ikatan perpaduan yang dibina selama ini. Katanya, umum mengetahui, Malaysia dibina dengan sokongan pelbagai kaum dan perkara asas itu tidak patut dipertikaikan.

Advertisement
“Perlu diingat, negara kita terbentuk atas persefahaman pelbagai masyarakat yang berlainan bangsa, kaum, adat resam, kepercayaan dan agama.

“Saya amat yakin masyarakat Sabah dan Sarawak akan menolak idea atau cadangan tersebut sekeras-kerasnya kerana ia boleh dianggap tidak masuk akal dan kolot,” kata Felix dalam kenyataan di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang menggesa mewujudkan kerajaan Islam Melayu tanpa DAP di Selangor dan Negeri Sembilan.

Felix berkata, sejak penubuhan Malaysia pada 1963, rakyat Malaysia sudah mengamalkan sistem demokrasi dalam negara.

Advertisement
Katanya, beliau tidak dapat melihat di mana logiknya untuk memberi cadangan hanya kaum tertentu saja yang boleh memimpin negara ini.

“Perlembagaan Malaysia juga memberikan hak dan kebebasan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Advertisement
“Kenapa pula timbul cadangan untuk menyekat hak dan kebebasan bangsa lain dalam negara kita,” tegasnya.

Sehubungan itu, Felix berkata, pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap gerakan politik ekstrem seperti ini.

“Ia jelas digunakan oleh beberapa pihak yang hanya menggunakan isu kaum dan agama untuk kepentingan politik mereka. Ia perlu dicegah lebih awal sebelum menjadi parah kerana tindakan ini hanya akan merugikan negara, termasuk masa depan anak muda,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here