Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
'Blok Borneo bukan untuk gugat kestabilan politik'
Published on: Sunday, August 20, 2023
Published on: Sun, Aug 20, 2023
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
'Blok Borneo bukan untuk gugat kestabilan politik'
PAPAR: Usaha mengukuhan Blok Borneo menerusi kerjasama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan bertujuan untuk menggugat kestabilan politik di negara ini.

Advertisement
Kerjasama antara GPS dan GRS adalah bagi membantu menstabilkan politik di peringkat Pusat, itu yang lebih utama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kestabilan politik di negara ini penting dalam memastikan pembangunan infrastruktur di negara ini dapat diteruskan.

Advertisement
“Pada pandangan GPS, saya ingat GRS pun berpandangan lebih kurang sama bahawa kami bukan mahu menggugat kestabilan politik, kami di sini untuk menstabilkan politik di peringkat Pusat.

Advertisement
“Itu jauh lebih penting supaya suasana di negara kita aman dan tiada gangguan. Pilihan raya yang lepas biarlah lepas.

“Kini masa untuk semua pihak, tidak kira GPS, atau GRS, malah, kesemua parti lebih-lebih lagi parti di Semenanjung yang baharu bertembung dalam pilihan raya beberapa negeri.

“Kita minta mereka tumpukan perhatian kepada usaha mentadbir negeri masing-masing dan biarlah kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri mengurus (negara) dengan lebih baik,” katanya ketika ditanya mengenai usaha mengukuhkan kerjasama dalam blok Borneo di Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan tapak Lebuhraya Pan Borneo pakej kerja empat, di sini pada Ahad.

Menteri Kerja Raya yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) itu berkata, kerajaan Persekutuan bertanggungjawab menstabilkan negara dari segi politik dan juga membangunkan ekonomi yang kini semakin mencabar.

“Banyak yang perlu dilakukan untuk rakyat. Bukan sekadar projek fizikal tetapi, apa yang penting buat masa ini adalah kesejahteraan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Namun, di peringkat Persekutuan, banyak inisiatif dan strategi yang telah diumumkan untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Maka, biarlah inisiatif itu dilaksana dengan sebaiknya,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here