KUALA PENYU: Sebarang permohonan pembinaan baharu untuk masjid atau surau oleh jawatankuasa di peringkat kampung harus pastikan dokumentasi berkaitan dilengkapi, khususnya bagi tapak tanah berstatus wakaf.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, ia bagi memastikan tiada bantahan terutamanya dari waris pemberi wakaf (wakif) hingga menjejaskan permohonan pembinaan masjid atau surau.
“Ini adalah masalah teknikal yang selalu berlaku, khususnya pembinaan masjid baharu apabila wakif telah meninggal dunia manakala warisnya pula menuntut tanah terbabit ekoran ketiadaan dokumen serahan tanah wakaf.
Advertisement





