Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Perpaduan Negeri tidak ikut model semenanjung: Umno Sabah
Published on: Sunday, August 20, 2023
Published on: Sun, Aug 20, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan Perpaduan Negeri tidak ikut model semenanjung: Umno Sabah
Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah, Jeffery Nor Mohamed
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah tidak boleh dianggap sebagai Kerajaan Perpaduan kerana ia tidak mematuhi atau mengikuti format Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, dakwa Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah, Jeffery Nor Mohamed.

Jeffery berkata Kerajaan Negeri hanya ada dua gabungan saja iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Advertisement
Manakala, parti-parti lain yang berada dalam Kerajaan Perpaduan Persekutuan tidak ada di Sabah.

“Jika ada anggota Kabinet Negeri Sabah yang dikatakan dari Umno Sabah, itu lantikan sendiri dari Ketua Menteri bukannya restu daripada Umno Sabah seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini, bahawa GRS tidak akan berpisah dengan rakan kerjasama dalam PH, yang membentuk Kerajaan Negeri ketika ini, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Jeffery yang juga Ketua Bahagian Umno Putatan menegaskan Umno Sabah mempunyai autonomi.

Advertisement
“Kalau Hajiji menganggap Umno Sabah sebagai dalam Kerajaan Negeri, kenapa melayan Umno Sabah seperti pembangkang di Sabah? Ini terbukti dari siri Jelajah Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Kinabatangan, baru-baru ini.

“Kalau bersahabat mesti berterus terang dan jujur,” tegasnya, menambah ada pemimpin komuniti yang menyokong keputusan Umno Sabah yang lalu sudah dipecat.

Advertisement
Katanya, segelintir daripada mereka ditawarkan untuk menyertai masuk PGRS jika mahu dikekalkan jawatan.

Beliau mendakwa, pelantikan baharu pemimpin komuniti tempatan tidak lagi melibatkan mereka yang menyokong Umno Sabah. 

Jeffery juga kesal bahawa beberapa pemimpin GRS masih lagi mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang-orang Umno Sabah.

Untuk rekod, beberapa pemimpin Umno Sabah kehilangan jawatan kementerian mereka dalam Kerajaan Negeri apabila sekumpulan cuba menjatuhkan Hajiji awal tahun ini tetapi gagal.

Mereka yang tidak menyokong cubaan rampasan kuasa itu kekal sebagai ahli Umno kerana undang-undang antilompat mewajibkan wakil rakyat dipecat oleh parti terlebih dahulu, dan jika tidak, mereka boleh meneruskan keahlian mereka.

Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi cuba meyakinkan Kerajaan Negeri untuk menerima semula pemimpin Umno Sabah yang dipecat, tetapi ditolak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here