Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Polis beri amaran ambil tindakan jika tular video mangsa nahas pesawat
Published on: Sunday, August 20, 2023
Published on: Sun, Aug 20, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis beri amaran ambil tindakan jika tular video mangsa nahas pesawat
Gambar fail oleh Bernama
GOMBAK: Polis memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan video mangsa nahas pesawat Beechcraft 390 (Peremier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mana-mana pihak yang masih berdegil bakal berdepan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement
"Saya nak seru kepada masyarakat jangan tularkan benda-benda ini, hormatilah privasi keluarga mangsa.

“Jangan sebarkan video-video ini, kalau ada salurkan kepada pihak polis. Macam-macam teori yang ada dan sebab itu saya katakan jangan buat spekulasi, biar pihak berkaitan buat siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, di sini, hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menghadiri majlis pengebumian Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas berkenaan.

Katanya, setakat ini pihak polis telah mengambil keterangan tiga individu yang terlibat dalam penyebaran video nahas berkenaan selain tidak menolak kemungkinan individu lain akan dipanggil berdasarkan kesesuaian dan permintaan untuk membantu siasatan.

Advertisement
Dalam kejadian itu, 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat itu.

Lapan yang meninggal dunia terdiri daripada enam penumpang dan dua juruterbang pesawat ringan itu, manakala dua lagi ialah orang awam, masing-masing penghantar makanan bermotosikal dan pemandu e-hailing yang berada di kawasan nahas.

Advertisement
Ketika kejadian, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan mendapat kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang itu pada jam 2.48 petang.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here