Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Agong pandu di Lebuhraya Pan Borneo bulan depan
Published on: Monday, August 21, 2023
Published on: Mon, Aug 21, 2023
By: August Dean
Text Size:
Text:
Agong pandu di Lebuhraya Pan Borneo bulan depan
NANTA (kedua dari kanan) dan Shahelmey (kanan) ketika lawatan itu.
PAPAR: Lawatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Sabah dan Sarawak bermula 3 September depan akan membolehkan Baginda merasai sendiri pengalaman memandu di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jalan yang akan dilalui oleh Seri Baginda adalah sama seperti laluan yang digunakan orang awam.

Advertisement
Beliau berkata, pihak kementerian juga telah melakukan tinjauan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan apabila Baginda melalui jalan tersebut kelak.

Jelajah Kembara Borneo bermula 3 September ini selama beberapa hari di sepanjang laluan LPB dari Tawau ke Kuching, Sarawak membolehkan Agong merasai sendiri pengalaman memandu di Sabah yang sebahagian laluan diibaratkan seperti ‘permukaan bulan’.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita difahamkan itulah tujuan utamanya. Baginda tahu projek ini belum siap, jadi jelajah itu adalah untuk lihat keadaan di sepanjang jalan LPB Sabah dan Sarawak.

 “Di Sarawak boleh dikatakan siap 97 peratus cuma di Sabah bermula agak lewat iaitu pada 2016. Sarawak bermula pada 2015. 

Advertisement
“Jadi, banyak lagi isu-isu yang memberi kesan kepada kelewatan pelaksanaan pakej-pakej di Sabah,” katanya selepas lawatan tapak projek Menaik Taraf Jalan Donggongon ke Papar Spurs Fasa 2 dan 3 dan Pakej Kerja 04 (Bongawan ke Papar) LPB Sabah di sini oada Ahad.

Menurut Nanta, pembinaan pakej empat itu tidak sempat disiapkan sempena lawatan Agong kerana projek itu dijadual siap pada Ogos 2024.

Advertisement
Katanya, sempena lawatan Seri Paduka Baginda, kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dibuat sedang dilakukan dan kos perbelanjaan itu akan dibantu oleh kementeriannya.

Mengenai perkembangan Lebuhraya Pan Borneo, Nanta berkata Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja, kini pada tahap 82 peratus pembinaan dan dijadual siap sepenuhnya pada Januari 2025.

Menurut beliau, tiga daripada pakej berkenaan kini telah siap dan boleh digunakan.

“Bagi 19 pakej Fasa 1B, pakej masih belum bermula dan dijangka akan ditender pada suku keempat 2023 setelah Makmal Pengurusan Nilai dimuktamadkan,” katanya.

Projek LPB Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin hingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.

Mengulas lanjut, Nanta berkata kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Sabah sebanyak RM6.503 bilion.

“Peruntukan berkenaan untuk membina jambatan cerun dan sebagainya. Sebanyak RM2.23 bilion daripada peruntukan ini adalah untuk LPB Sabah dan kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju menambah peruntukan untuk menyelesaikan isu jalan raya di Sabah,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kelewatan pelaksanaan projek LPB di Sabah susulan kekurangan bahan mentah seperti bitumen yang agak terhad. Malah, beliau akan berbincang dengan pihak Shell dan Petronas bagi membekalkan bahan berkenaan.

Nanta berkata, kerajaan Persekutuan juga telah menambah peruntukan bagi jalan-jalan di Sabah dan dalam bajet tahun depan, beliau telah meminta peruntukan lebih besar bagi kementerian ini untuk disalurkan kepada semua negeri.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen MYJalan, Nanta berkata ia akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Menurutnya kempen tersebut bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jeti Tasik Awam, Tasik Banding, Perak pada 24 Ogos ini.

“Kempen MYJalan akan membuka ruang dan peluang kepada pengguna membuat aduan secara khusus berkaitan jalan raya, selain memberi pendedahan serta kefahaman kepada rakyat mengenai jenis jalan dan tanggungjawab pihak berkaitan,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here