Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bot ‘pulang’ tanpa penumpang, dua pemancing hilang di Labuan
Published on: Tuesday, August 22, 2023
Published on: Tue, Aug 22, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bot ‘pulang’ tanpa penumpang, dua pemancing hilang di Labuan
JBPM dan APMM bertugas di pusat operasi SAR di Jeti Kastam Kiamsam pada Isnin. – fotoBERNAMA
LABUAN: Dua pemuda dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk keluar memancing ditemukan terapung tanpa anak kapal berdekatan jeti Kiamsam awal pagi Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan memberitahu Bernama operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mencari mangsa dikenali sebagai Yasin Omar, 20, dan Mohd Shah Nazmin, 19.

Advertisement
Katanya dua pemuda itu berlepas dari jeti tersebut 6 petang Ahad lepas dan ketika berita ini ditulis, tiada maklumat berhubung keberadaan mereka.

Menurut jurucakap itu, anggota keluarga dan rakan mangsa yang sedang menunggu khabar daripada mereka telah membuat laporan polis 10.18 pagi Isnin. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Petugas kami dengan segera melancarkan operasi SAR secara komprehensif, menggunakan kombinasi aset dan sumber daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan unit Polis Marin untuk memastikan pencarian meliputi kawasan yang luas di mana dua pemancing itu kali terakhir dilihat,” katanya.

Ketika ini, tinjauan Bernama mendapati anggota keluarga, rakan dan komuniti setempat turut bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pasukan SAR.

Advertisement
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan dua lelaki itu digesa supaya tampil membantu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here