Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekalan gula di Sandakan cukup: KPDN
Published on: Tuesday, August 22, 2023
Published on: Tue, Aug 22, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Bekalan gula di Sandakan cukup: KPDN
AZDY (kiri) ketika melakukan pemeriksaan bekalan gula di gudang pemborong utama.
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan mengesahkan bekalan gula di daerah ini mencukupi untuk menampung keperluan rakyat setempat. 

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan, Azdy John berkata demikian selepas pihaknya memeriksa bekalan gula di lima gudang pemborong utama di daerah ini bagi mengetahui data sebenar bekalan semasa. 

Advertisement
“Saya bersama pasukan menjalankan pemeriksaan bekalan ini setiap hari agar bekalan ini sampai ke pengguna secara menyeluruh. 

“Jumlah bekalan gula di lima pemborong utama Sandakan adalah 508.7584 tan metrik pada masa sekarang,” katanya kepada media selepas melakukan pemeriksaan tersebut, pada Isnin. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, bekalan gula tersebut mampu menampung keperluan pengguna di Sandakan, menambah KPDN Sandakan sentiasa memantau keberadaan bekalan barang perlu bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan. 

Sementara itu, Azdy turut menasihatkan peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan jangan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. 

Advertisement
“Kepada pengguna pula, belilah mengikut keperluan dan sekiranya sukar untuk mendapatkan bekalan, sila hubungi KPDN Sandakan pada talian 089-668107,” ujar beliau. 

Dalam pada itu, Azdy juga memberikan amaran kepada peniaga dan pembungkus semula barangan asas di daerah ini agar melakukan pembungkusan secara beretika dan jujur bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan ke atas pesalah yang menyeleweng bekalan bersubsidi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here