Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita maut kereta dirempuh lori kontena di Jalan Lintas
Published on: Wednesday, August 23, 2023
Published on: Wed, Aug 23, 2023
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Wanita maut kereta dirempuh lori kontena di Jalan Lintas
NAHAS yang meragut nyawa Nicolette (gambar kecil).
Kota Kinabalu: Seorang wanita maut manakala penumpangnya cedera selepas sebuah kontena lori berukuran 40 kaki merempuh Bezza mereka di Jalan Lintas, di sini, Selasa.

Gemulah dikenali sebagai Nicolette Hannah George, 26, dan rakannya berumur 44 tahun yang baru tiba dari Kuala Lumpur, pada Isnin.

Advertisement
Bapa mendiang turut tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian selepas dimaklumkan mengenai insiden itu.

Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6.15 petang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kemalangan itu turut menjejaskan sebuah lori tangki Shell, Proton Iriz, Myvi, Saga dan Vios.

Sementara itu, seorang penumpang berusia 44 tahun yang mengalami kecederaan di kaki berkata, dia baru tiba dari Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Advertisement
“Rakan saya (mendiang) membawa saya keluar ke Donggongon di Penampang untuk makan dan dia menghantar saya pulang ke hotel tempat saya menginap di Inanam apabila lori itu tiba-tiba merempuh kereta kami dari belakang,” katanya.

Pemandu kereta lain, sebahagian daripada mereka dipercayai datang dari arah sama ada dari lapangan terbang atau arah Lido dan menghala ke arah Kolombong Inanam dan Taman Ria. Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan.

Advertisement
Sementara itu, pemandu lori kontena 40 kaki, seorang lelaki berusia 52 tahun, berkata dia berada di jalan raya selama dua hari selepas memulakan perjalanan dari Sibu, Sarawak Isnin lepas dan baru tiba di Kota Kinabalu pada Selasa.

Anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat daripada kereta yang remuk.

Pegawai Penyiasat trafik Kota Kinabalu Inspektor Farhana berada di tempat kejadian untuk menyiasat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here