Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
7Samudra wakil Sabah pada pertandingan polo air MSSM
Published on: Wednesday, August 23, 2023
Published on: Wed, Aug 23, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
7Samudra wakil Sabah pada pertandingan polo air MSSM
IVAN (keempat dari kanan) bersama pemain-pemain dan pegawai lain.
Kota Kinabalu: Sabah akan diwakili oleh pasukan 7Samudra pada pertandingan polo air Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam di Selangor bermula Sabtu (26 Ogos) hingga 30 Ogos ini.

Pengurus pasukan, Evan Chu, berkata tujuh anggota pasukan berkenaan dari lima sekolah berbeza terdiri daripada Jayden Foo (SM Tshung Tsin), Lee Yong Jie (SM All Saints’), Iman B Azry Henry Sung, Edry B Azry Henry Sung (Maktab Nasional), Eamonn Webber, Iverson Chin (Sekolah Tinggi KK) dan Hector Koshy (SM Kian Kok).

Advertisement
Menurut beliau, pasukan itu akan berlepas pada Jumaat (25 Ogos) dan sasaran mereka adalah untuk pemain mendapat pendedahan yang diperlukan dan menimba lebih banyak pengalaman.

Beliau menggesa mereka agar memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka dengan penubuhan pasukan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami mahu mereka menimba lebih banyak pengalaman dan belajar daripada pesaing mereka. Jangan berputus asa kerana kami telah bekerja keras untuk menubuhkan pasukan polo air ini kerana cita-cita kami adalah untuk lebih banyak sekolah menyertai kami,” katanya.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS), Darrell Webber & Associates serta pihak lain atas sokongan dan tajaan mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here