Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tenaga solar beri sinar harapan kepada penduduk pulau Banggi
Published on: Thursday, August 24, 2023
Published on: Thu, Aug 24, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tenaga solar beri sinar harapan kepada penduduk pulau Banggi
sistem tenaga berkuasa solar dipasang di salah sebuah rumah di Kampung Rahmat, Pulau Banggi Kudat. – fotoBERNAMA
KUDAT: Kehidupan kira-kira 700 penduduk daripada komuniti Bajau Ubian di tiga perkampungan di Pulau Banggi di sini, bukan sahaja lebih lebih ‘cerah’ malah lebih ceria, dengan pemasangan sistem tenaga berkuasa solar di rumah mereka.Jika sebelum ini penduduk bergantung kepada sinar malap pelita atau lampu minyak tanah serta penjana diesel untuk elektrik, kini mereka menikmati lampu daripada tenaga solar yang lebih terang dan cekap.

Advertisement
Suasana malam yang sebelum ini bingit dengan bunyi generator kini diganti dengan suara gelak tawa dan sembang ria penduduk kampung.

Mereka yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan tradisional juga tidak perlu lagi mengeluarkan belanja tinggi untuk kos penyelenggaraan penjana elektrik diesel dan bahan api.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sistem tersebut yang dibiayai Petronas, dipasang oleh anak syarikatnya Petronas Floating LNG (PFLNG), di 140 rumah di Kampung Dogoton, Kampung Semayan dan Kampung Rahmat, terletak di hujung utara Banggi, yang juga merupakan pulau terbesar di negara ini.

Baru-baru ini, sekumpulan wartawan termasuk penulis menghabiskan dua hari di pulau berkenaan bagi menyaksikan pemasangan sistem tersebut dan kami turut merasai betapa gembirannya penduduk apabila mereka menghidupkan lampu berkuasa solar di rumah masing-masing untuk kali pertama.

Advertisement
PFLNG memulakan inisiatif tenaga bersih itu Februari lepas dengan pemasangan sistem solar berkenaan di dewan surau di ketiga-tiga kampung tersebut.

Frigie Matibol, 30, guru di Sekolah Kebangsaan Semayan, berkata pemasangan sistem itu akan memberi impak positif kepada pelajar dari segi prestasi akademik kerana mereka kini boleh melakukan ulang kaji di rumah untuk jangka masa yang lebih lama, di bawah cahaya lampu berkuasa solar.

Advertisement
“Dengan lampu berkuasa solar mereka boleh belajar pada waktu malam tanpa bergantung pada pelita,” kata Frigie, yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah pendalaman itu sejak tujuh tahun lepas.

Sambil bersantai di bawah teduhan pohon mangga di halaman rumah kayunya di Kampung Rahmat, nelayan warga emas berusia 65 tahun Abirul Bakir teruja ketika beliau bercerita tentang sistem solar yang dipasang di rumahnya.

“Saya sangat bersyukur kerana Petronas membantu kami membekalkan kemudahan sistem solar secara percuma. “Saya hanya seorang nelayan biasa yang tidak mempunyai punca pendapatan tetap, jadi pemberian solar ini boleh meringankan sedikit bebanan hidup kami,” kata Abirul.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFLNG Azrul Roshazli berkata sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan rakan kongsi penyelesaian tenaga lebih bersih progresif, Petronas terus komited untuk menambah baik kehidupan komuniti di kawasan ia beroperasi. Program impak sosial Petronas “Uplifting Lives - Rays of Hope” (Sinar Harapan) bertujuan membantu komuniti pedalaman mendapatkan akses kepada tenaga rendah karbon.

Pemasangan sistem tersebut di ketiga-tiga perkampungan selesai lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu bulan depan, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti terbabit.

Pulau Banggi ialah sebahagian daripada Taman Tun Mustapha yang merupakan kawasan perlindungan marin dan taman pelbagai guna terbesar di Malaysia.

Perjalanan ke pulau itu mengambil masa lebih kurang satu jam dengan menaiki bot dari Kudat yang terletak kira-kira 190 kilometer dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here