Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Musim durian di Sipitang tarik pengunjung dari Sarawak, Brunei
Published on: Thursday, August 24, 2023
Published on: Thu, Aug 24, 2023
By: Jinius Pandakin
Text Size:
Text:
Musim durian di Sipitang tarik pengunjung dari Sarawak, Brunei
BUAH durian yang dijual di gerai berhampiran bangunan pejabat Pertanian dan Mara.
SIPITANG: Musim durian di sini sudah bermula menerusi tinjauan Harian Ekspres di gerai-gerai dan tamu minggu di sini.

Tinjuan di gerai buah-buahan berhampiran bangunan pejabat Pertanian dan bangunan Mara, lokasi mudah didapati pada Selasa, mendapati buah durian kini semakin banyak dijual bersama buah tempatan lain seperti rambutan, tarap, cempadak, bambangan, avocado, buah naga dan jambu batu namun tidak banyak.

Advertisement
Seorang peniaga, Jumat Tuah, dari Kg Bangsal, berkata penjualan buah durian semakin ketara sejak minggu kedua bulan Ogos.
Menurutnya, pada masa ini buah durian ini dibawa dari kawasan mukim Melamam dan mukim Sindumin.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia yang sudah berniaga durian di Sipitang selama lebih 30 tahun memberitahu, bekalan durian pada tahun ini tidak serentak tetapi masih dalam kuantiti yang banyak dan dijangka bertambah hujung bulan Ogos ini.

Katanya, selain pembeli tempatan, pengunjung dari Sarawak dan Brunei juga tidak ketinggalan untuk datang membeli khususnya dari Brunei.

Advertisement
Sementara itu, Nizam dari Brunei yang ditemui berkata, mereka datang bersama keluarga dan rombongan dengan enam buah kenderaan. Mereka singgah membeli buah durian sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

“Kami juga difahamkan selain Sipitang beberapa tempat di Sabah juga dalam musim durian sekarang dan sudah tentu ini menjadi tarikan untuk dikunjungi,” katanya.
Advertisement
Antara jenis buah durian yang dijual ialah durian kampung, Musang King, durian Utak Udang, durian 123, durian special, dan durian Sukang berharga antara RM12 hingga RM25 sekilogram, manakala menggunakan tompokan dalam  bakul berharga antara RM180 hingga RM25, ikatan/tompokan berharga antara RM55 hingga RM65 dan menggunakan tapau berharga antara RM15 hingga RM25 satu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here