Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Intimidasi selama empat tahun akhirnya tamat
Published on: Thursday, August 24, 2023
Published on: Thu, Aug 24, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Intimidasi selama empat tahun akhirnya tamat
PELAJAR Penampang itu membuat beberapa laporan mengenai caj tidak adil itu di pejabat TM Point ini.
TELEKOM Malaysia (TM) Bhd menggugurkan lebih RM1,400 untuk caj yang dikenakan ke atas seorang pelajar di Penampang untuk perkhidmatan Unifi yang tidak pernah dilanggannya dan memaklumkan agensi pengutip hutang untuk berhenti mengganggunya mengenai jumlah itu.

Sejak sekian lama, lelaki berusia 24 tahun itu menerima mesej – melalui sistem pesanan ringkas (SMS) – daripada kakitangan kutipan, bagi menuntutnya untuk melangsaikan akaunnya secepat mungkin.

Advertisement
Bahkan, dia secara lisan dimaklumkan bahawa dia berisiko dikenakan penalti RM6,000, jika gagal menjelaskan jumlah tertunggak.

Pelajar itu tidak berpuas hati dengan semua tekanan dan kebimbangan tidak perlu yang dialaminya ekoran intimidasi yang semakin meningkat. Dia menceritakan rasa tidak senangnya dalam surat kepada Hotline.

KONTRAKTOR yang memasang Unifi di rumahnya memasang modem seperti ini yang masih digunakan oleh dia sekeluarga. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salinan laporan polis yang dibuatnya tentang kejadian ini dikepilkan bersama surat ini. Dokumen-dokumen ini kemudiannya dikemukakan kepada TM.

Jurucakap TM berkata semakan awal sistemnya menunjukkan butiran belia berkenaan.

Advertisement
"Kami menjumpai dua akaun yang ditandakan pada alamat kediaman yang sama: satu atas namanya, satu lagi atas nama ibu bapanya," katanya.

Katanya, aktiviti berkaitan perkhidmatan itu hanya dikesan pada akaun kedua.

Advertisement
“Sejak itu kami telah menamatkan akaun yang tidak aktif. Isu dalaman harus dipersalahkan atas apa yang berlaku kepada pelajar itu."

Jurucakap itu berkata pihak pengurusan akan mengambil langkah untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang.

“Pasukan pengurusan kredit kami telah berhubung dengan agensi kutipan.

“Syarikat itu diarahkan supaya nama remaja itu dikeluarkan daripada senarai peminjam dan menghentikan sebarang tindakan lanjut yang dimulakan terhadapnya berkuat kuasa serta-merta.

"Kami telah meminta ejen untuk tidak menghubunginya lagi mengenai perkara ini - sama ada melalui e-mel, SMS atau secara lisan."

ADREAN dari Penampang berkata dua kontraktor TM datang ke rumahnya di Kg Novunsu kira-kira empat tahun lalu, meminta tandatangan untuk bakal pemohon Unifi,

"Saya seorang sahaja yang ada di rumah semasa lawatan daripada kontraktor pertama," katanya.

"Individu itu memberitahu saya bahawa saya boleh menandatanganinya bagi pihak ibu bapa saya kerana mereka telah keluar jadi saya berbuat demikian."

Individu kedua bertemu ibunya di depan pintu rumah beberapa hari kemudian.

Tanpa menyedari bahawa Adrean sudah meletakkan tandatangannya untuk keluarga, dia menandatangani borang permohonan kedua.

Kontraktor kedua, kemudiannya, memasang Unifi yang kini digunakan oleh isi rumahnya.

“Tidak lama selepas itu, kontraktor TM, yang mengambil tandatangan saya, datang semula untuk melakukan pemasangan sama.

"Ibu bapa saya memaklumkan kepadanya bahawa kerja ini telah dijalankan lebih awal dan kami tidak memerlukan dua perkhidmatan Unifi di rumah kami tetapi dia enggan mematuhinya.”

Adrean berkata individu ini berkeras untuk meninggalkan modem itu. Peranti itu tidak pernah digunakan, atau dipasang dan akhirnya dikembalikan kerana keluarga telah menerimanya – di dalam kotaknya – kepada TM, menurutnya.

“Saya fikir hal ini sudah berakhir di situ tetapi, beberapa bulan selepas itu, saya mula menerima mesej melalui telefon bimbit yang memaklumkan saya berhutang dengan syarikat itu sebanyak RM1,414.85 sebagai caj.

"Saya difahamkan bahawa saya gagal membayar akaun Unifi saya, walaupun tiada perkhidmatan sedemikian telah dipasang atau digunakan di bawah nama saya." Katanya, SMS itu adalah yang pertama daripada terlalu banyak mesej yang diterimanya.

Sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan bulanan sendiri, Ardean berkata dia tidak mampu membeli kemudahan Internet ini.

“Saya telah menjelaskan semua ini secara peribadi berkali-kali di pejabat TM Point di Sadong Jaya tetapi tidak berhasil.”

Pada satu peringkat, katanya, seorang juruteknik TM datang ke rumah keluarganya.

"Dia mengesahkan bahawa modem kedua mungkin ditinggalkan sebagai sebahagian daripada beberapa percubaan oleh kontraktor untuk meningkatkan komisen daripada TM."

Ardean diberi jaminan bahawa pihak pengurusan akan dimaklumkan mengenai taktik ini dan kontraktor terbabit berkemungkinan akan disenaraihitam.

“Janji ini tidak bermakna apa-apa kerana saya terus menerima mesej melalui telefon bimbit saya mengenai caj tertunggak. Saya sudah muak dengan gangguan ini dan mahu TM menyelesaikan masalah ini sekali gus.

“Empat tahun, adalah lebih daripada mencukupi untuk menyelesaikan masalah ini.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here