Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan belum buat keputusan sekat makanan laut dari Jepun
Published on: Friday, August 25, 2023
Published on: Fri, Aug 25, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan belum buat keputusan sekat makanan laut dari Jepun
Mohamad Sabu berkata kajian sedang dilakukan KKM dan pakar alam sekitar bagi menilai risiko sebelum membuat sebarang pendirian. (Gambar Bernama)
SERDANG: Malaysia belum membuat keputusan untuk menyekat kemasukan makanan laut dari Jepun susulan pelepasan sisa air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, kajian sedang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar alam sekitar bagi menilai risiko sebelum membuat sebarang pendirian.

Advertisement
“Belum buat keputusan (sekat) dan pendirian akan dibuat sekiranya kajian menunjukkan bahaya,” katanya selepas merasmikan Show-tech Mardi anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di sini.

Media melaporkan beberapa negara, termasuk China dan Hong Kong melarang pengimportan makanan laut dari Jepun susulan pelepasan air radioaktif terawat itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Mohamad berkata, fokus kerajaan adalah pada keterjaminan bekalan makanan khususnya beras, memandangkan negara seperti India dan Vietnam memberi amaran awal akan menaikkan harga atau lebih membimbangkan, menghentikan eksport.

Katanya, persediaan awal perlu dibuat untuk mencukupkan bekalan beras menerusi teknologi baharu dan penyelidikan, susulan kebergantungan import beras negara ketika ini sebanyak 35%.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here