Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KPM beri komitmen besar pendidikan Sabah, Sarawak
Published on: Saturday, August 26, 2023
Published on: Sat, Aug 26, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
KPM beri komitmen besar pendidikan Sabah, Sarawak
Fadhlina berkata selain isu sekolah daif, isu kanak-kanak tanpa dokumen serta bukan warganegara dan keperluan lain sekolah misalnya penyediaan bot, terdapat banyak lagi perkara yang akan menjadi tindak susul pihak KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah. - gambar Bernama
SEMPORNA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian serta komitmen besar terhadap bidang pendidikan terutama kebajikan pelajar serta pembangunan sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berkata selain isu sekolah daif, isu kanak-kanak tanpa dokumen serta bukan warganegara dan keperluan lain sekolah misalnya penyediaan bot, terdapat banyak lagi perkara yang akan menjadi tindak susul pihak KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

Advertisement
“Kebanyakan sudah pun berada dalam sasaran sekolah sebagai contoh Rancangan Makanan Tambahan (RMT), semalam ada permintaan penyediaan bot ke sekolah kerana bot tidak cukup, jadi kita angkat perkara ini.

“Pada hari ini juga Pengarah Pendidikan Negeri Sabah (Raisin Saidin) hadir untuk ambil perhatian segera, kita akan selaras dengan JPN meliputi pelbagai perkara,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau di sini pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Fadhlina kini dalam lawatan kerja dua hari di Tawau, Kunak serta Semporna yang merupakan daerah di Pantai Timur Sabah bagi Program Tindak Susul (PTS) Parlimen untuk akses pendidikan kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara.

Pada lawatan itu beliau mendengar sendiri maklum balas dan permintaan daripada guru besar mengenai pembangunan dan keperluan menambah kelas, membaik pulih makmal, fasiliti kelas dan sebagainya.

Advertisement
Fadhlina berkata lawatan PTS berkenaan berbeza dengan rangka kerja lain kerana ia melibatkan isu-isu yang dibangkitkan dalam Parlimen untuk kepentingan serta keperluan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak.

“Tindak susul kedua adalah memberikan keutamaan kepada isu-isu sekolah dan ketiga untuk kita sama-sama khusus dalam Ekonomi Madani ini melibatkan partisipasi komuniti,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Fadhlina berkata Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan di sekolah awam adalah untuk pelajar Islam sahaja.

“Jadi jangan risau, jangan dibangkitkan isu terkait rapat dengan tumpuan kita memang untuk pelajar Muslim sahaja,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here