Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gunung Sinsing disahkan puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Published on: Saturday, August 26, 2023
Published on: Sat, Aug 26, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Gunung Sinsing disahkan puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing - gambar Bernama
Kota Kinabalu: Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan bahawa Gunung Sinsing yang terletak di daerah Tambunan adalah puncak ketiga tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,586 min aras laut (MSL).

Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan berkata data ketinggian Gunung Sinsing itu diperolehi melalui ekspedisi sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok dan wakil Persatuan Komuniti Kampung Nupakan, Tambunan pada 10 Mei lalu.

Advertisement
Beliau berkata data ketinggian Gunung Sinsing itu dicerap menggunakan peralatan penerima data sistem satelit navigasi global yang tepat, iaitu Stonex S900A Global Satellite System (GNSS).

“Data cerapan itu yang direkod kemudiannya diproses oleh juruukur berdaftar untuk menentusahkan ketinggian sebenar Gunung Sinsing dari min aras laut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan menggunakan kaedah ini, didapati ketinggian Gunung Sinsing adalah 2,586 MSL sekali gus mengekalkan statusnya sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Gunung Sinsing telah menarik perhatian orang ramai sejak tahun 2018 apabila ia diuar-uarkan di media sosial sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo, selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,096 meter dan Gunung Trusmadi juga di negeri ini dengan ketinggian 2,643 meter.

Advertisement
Frederick berkata Jabatan Perhutanan Sabah akan meneruskan usahanya untuk melindungi kawasan yang berkepentingan seperti Gunung Sinsing yang berhampiran dengan Gunung Trusmadi dan merupakan habitat pelbagai spesis flora dan fauna. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here