Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tertekan pedal minyak, remaja rempuh pelanggan di medan selera
Published on: Sunday, August 27, 2023
Published on: Sun, Aug 27, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tertekan pedal minyak, remaja rempuh pelanggan di medan selera
Tangkap layar daripada video tular itu.
MELAKA: Gara-gara tertekan pedal minyak, seorang remaja berusia 16 tahun secara tidak sengaja merempuh pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling di sini, petang semalam 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian 2.43 petang itu, kereta Toyota Avanza dikendalikan remaja terbabit turut melanggar kereta Proton Suprima S yang diparkir bersebelahan.

Advertisement
"Sebelum kejadian itu, remaja berkenaan diarahkan ibunya untuk memanaskan enjin kereta sebelum tertekan pedal minyak dan menukar gear kereta berkenaan pada mode mengundur.

"Akibat tindakan itu, kereta berkenaan telah mengundur secara mengejut lalu melanggar kereta yang diparkir bersebelahannya selain turut merempuh pelanggan yang sedang makan di medan selera terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan Proton Suprima S tersebut mengalami kerosakan pada pintu dan cermin kereta namun pemandu kereta itu serta remaja tersebut tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, katanya pihak polis tidak mengetahui jumlah atau keadaan pelanggan yang terlibat dalam rempuhan itu kerana tiada laporan dibuat.

Advertisement
Christopher berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

Hari ini, satu video berdurasi 21 saat tular di media sosial, memaparkan sebuah kereta Toyota Avanza melanggar kereta diparkir bersebelahan sebelum mengundur secara laju dan merempuh pelanggan termasuk kanak-kanak dan bayi di medan selera itu
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here