Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hargai kemerdekaan dikecapi bangsa, negeri Sabah: Hajiji
Published on: Sunday, August 27, 2023
Published on: Sun, Aug 27, 2023
Text Size:
Text:
Hargai kemerdekaan dikecapi bangsa, negeri Sabah: Hajiji
"Rakyat perlu menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh bangsa dan negeri Sabah. Sebab itu pada tahun ini selain menyambut Hari Kebangsaan, kita juga akan menyambut Hari Sabah yang menandakan hari kemerdekaan negeri daripada penjajahan British," kata Hajiji.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyeru rakyat berbilang kaum di negeri ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan yang telah terjalin.

Beliau berkata, dalam sambutan Hari Kebangsaan, perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan pegangan agama harus terus dipertingkatkan.

Advertisement
Katanya, ini penting bagi memastikan Sabah terus mengalami kemajuan dan pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Rakyat perlu menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh bangsa dan negeri Sabah. Sebab itu pada tahun ini selain menyambut Hari Kebangsaan, kita juga akan menyambut Hari Sabah yang menandakan hari kemerdekaan negeri daripada penjajahan British yang akan disambut buat julung kalinya pada 31 Ogos ini”, katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Larian & Berbasikal Lion Tuaran Merdeka 2023 di Padang Pekan Tuaran Sabtu lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata, semangat perpaduan, persahabatan dan saling menghormati dapat mewujudkan suasana harmoni, kemakmuran dan perpaduan.

Beliau berharap melalui karnival sukan anjuran Lions Club Tuaran bukan sahaja memupuk budaya bersukan, malah menyemarakkan semangat patriotisme dan kemerdekaan dalam kalangan rakyat.

Advertisement
Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Jahid Jahim, ADUN Pantai Dalit Pantai Datuk Jasnih Daya dan Presiden Kelab Lions Tuaran Kapitan Frankie Goh.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here