Kota Kinabalu: Pesta Kraf Borneo (BCF) 2023 menyasarkan menjana nilai jualan RM1.1 juta sepanjang penganjuran 18 hari itu.
Edisi keempat festival itu disertai 60 usahawan kraf dari Sabah, Sarawak, dan semenanjung yang menyasarkan 30,000 pengunjung.
“Festival itu dijangka dapat merangsang lagi ekonomi usahawan dan komuniti kraf, serta memberi manfaat langsung kepada rantaian nilai sektor pelancongan di Sabah,” kata Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) Mohd Yusri Mohd Yusoff.
Advertisement





