Advertisement
ZIZAN dan Nabiha ketika dalam sidang media
“Isu penggantian vokalis bukan perkara baharu dalam sesebuah band. Contohnya, band Hollywood Guns N’ Roses juga bertukar vokalis tetapi mereka tetap mempunyai kelompok peminat yang besar dan konsert mereka tetap berjaya.SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
ST12 kini hanya dianggotai Pepep dan Indra.
NIDJI tetap popular walaupun tanpa vokalis asal Giring.
“Atas dasar kepercayaan terhadap pengaruh ST12 dan Nidji dalam industri muzik bukan sahaja di Indonesia tetapi peminat di Malaysia serta Borneo, kami bangga membawakan konsert ini di Sabah sebagai buah tangan paling indah pada 21 Oktober ini. “Konsert ini merupakan sebuah usaha besar kami bagi mempromosikan kepelbagaian budaya yang ada di negeri ini. “Menerusi konsert ini, ST12 dan Nidji tidak hanya akan mempersembahkan rangkaian lagu popular dan terkini mereka sahaja, menariknya, mereka bakal menjanjikan keunikan tersendiri apabila elemen tradisional muzik Borneo juga akan disuntik dalam persembahan mereka nanti. “Selain itu, kami juga membawa beberapa artis Sabah selaku ‘opening act’ sebagai cara kami untuk memperkenalkan budaya serta artis Sabah kepada dunia,” katanya. Sementara itu, Zizan berkata pemilihan SICC sebagai venue konsert adalah susulan reputasinya dalam mengadakan beberapa acara persembahan sebelum ini. “Saya percaya SICC mempunyai kepakaran yang diperlukan sebagai venue untuk konsert berskala besar dari segi tempat duduk, sistem bunyi dan LED, antaranya. “Saya dimaklumkan sudah banyak orang buat show di sini dan tidak pernah lagi ada sebarang aduan tentang sound system (sistem bunyi). “Bagi saya level specs mereka sudah berbeza dan bahkan jauh lebih baik berbanding sesetengah tempat di Semenanjung,” katanya. Sementara itu, penganjur bersama Nabiha dari MW Pertama berkata genre yang berbeza antara ST12 dan Nidji bukan penghalang untuk dua band gergasi ini untuk bersatu dan beraksi di atas panggung yang sama. “Sudah tiba waktunya peminat di Sabah menikmati lagu-lagu hits seperti Cinta Tak Harus Memiliki, Aku Masih Sayang dan Cara Pacar Lagi yang akan disajikan oleh ST12 secara langsung. “Ini juga satu peluang buat peminat Nidji menyaksikan persembahan bertenaga yang sudah menjadi trademark mereka sejak sekian lama,” katanya dan menambah, mereka mensasarkan untuk menarik kira-kira 5,000 penonton menerusi konsert itu. Bagi ST12 yang kini dianggotai Iham Febry atau Pepep dan Muh. Indra Gunawan (Indra) kesempatan bertemu peminat di Sabah akan menjadi kenangan buat mereka. “Ini merupakan momen yang dinantikan oleh ST12 setelah sekian lama melakukan konsert di Malaysia terutamanya Kuala Lumpur namun belum berpeluang untuk menggegarkan pentas Borneo di Sabah. “Disatukan bersama Nidji, konsert ini pasti akan mencetus fenomena luar biasa. Tunggu ST12 hadir dengan karya-karya kami,” kata Pepep. Nidji yang popular menerusi lagu Hapus Aku dan Laskar Pelangi, juga amat teruja untuk bertemu mata dan membuat persembahan secara langsung buat semua peminat yang bakal berkumpul di Sabah. kazalinah_kamaludin@yahoo.com.my





