Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerjasama kerajaan, NGO perjelaskan gagasan Malaysia Madani, SMJ
Published on: Sunday, August 27, 2023
Published on: Sun, Aug 27, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerjasama kerajaan, NGO perjelaskan gagasan Malaysia Madani, SMJ
Hajiji bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada majlis itu. - Gambar oleh JKM
TAWAU: Kerjasama antara kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu diteruskan dalam memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan Gagasan Malaysia Madani serta Konsep Sabah Maju Jaya (SMJ) yang terkandung dalam Pelan Pembangunan SMJ.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata misalnya, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) yang aktif dalam pelbagai bidang khususnya dakwah, sosial serta kerja amal, sejak dahulu lagi konsisten dengan tanggungjawab dalam membantu kerajaan memelihara keharmonian dan meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Advertisement
"Hal ini antara sebab saya menyarankan agar Usia mengadakan kerjasama atau kolaborasi dengan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) (Tugas-Tugas Khas) untuk mengadakan forum bagi memberi penjelasan mengenai Gagasan Malaysia Madani dan dasar SMJ, kerjasama dan kolaborasi seperti ini harus diteruskan.

"Kerjasama diadakan ini bukan hanya antara Usia dan Pejabat TSKN (Tugas-Tugas Khas) sahaja, bahkan antara kementerian atau jabatan lain bersama mana-mana NGO demi kebaikan dan kepentingan masyarakat serta rakyat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguhan Forum Malaysia Madani: Keharmonian Dalam Kepelbagaian dan Pelaksanaan Warm2Care Zon Tawau serta upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara USIA dan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (Ikdar) di sini hari ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here