Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemaju Inanam Capital digesa timbang semula caj parkir berpagar
Published on: Monday, August 28, 2023
Published on: Mon, Aug 28, 2023
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Pemaju Inanam Capital digesa timbang semula caj parkir berpagar
SALAH satu pintu masuk dan keluar di Inanam Capital.
Kota Kinabalu: Ketua Bahagian Inanam Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Dr Roland Chia menggesa pemaju Inanam Capital di Kolombong mempertimbangkan semula keputusannya mengenakan caj bayaran parkir berpagar di kawasan itu.

Dr Roland membuat gesaan itu selepas menerima banyak aduan daripada pemilik kedai, komuniti perniagaan, pekerja dan pelanggan Inanam Capital.

Advertisement
Disebabkan keputusan mengenakan tempat letak kereta berpagar, ramai pemandu memilih untuk meletak kenderaan mereka di luar zon komersial dan mencetuskan gangguan lalu lintas yang teruk di sekitar kawasan itu, katanya.

Dalam banyak keadaan, ramai pemandu terpaksa menunggu lama untuk keluar dari Inanam Capital disebabkan mesin yang tidak berfungsi dengan sempurna dan keadaan itu menyebabkan kereta terpaksa beratur panjang. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Malah seorang pemandu mendakwa mesin di salah satu pintu keluar memaparkan jumlah perlu dibayar sebanyak RM11 walaupun dia berada di sana tidak sampai 1 jam.

Seorang pemandu lain mendakwa terpaksa berundur dan mencari pintu keluar lain ketika hujan lebat kerana “mesin untuk menerima bayaran menggunakan kad debit belum dipasang dan tiada pekerja berada di sana untuk menerima bayaran tunai.” 

Advertisement
 “Saya mencadangkan pemaju mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran nominal, serta membenarkan tempat letak kereta percuma bagi dua jam pertama dan kemudahan tempat letak kereta pas bulanan yang munasabah supaya pengusaha perniagaan, pekerja dan pelanggan dapat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa,” kata Roland.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here