Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM4.2 juta untuk perkasa wanita melalui JHEWA: Hajiji
Published on: Monday, August 28, 2023
Published on: Mon, Aug 28, 2023
Text Size:
Text:
RM4.2 juta untuk perkasa wanita melalui JHEWA: Hajiji
Hajiji (tengah) menyempurnakan gimik perasmian sambutan itu.
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4.2 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)  bagi program pembangunan, operasi dan pengurusannya tahun ini.  

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata bagi tujuan yang sama, RM700,000 turut disalurkan kepada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).
Advertisement
“Peruntukan khas projek jangka pendek melalui Projek Creating Millionaire Among Young Women (CreaM@YWE) sebanyak RM 554,540 dan RM3.4 juta untuk Projek Akademi Kepimpinan Wanita Sabah turut diberikan.

“Pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan seperti Program Outreach Santuni Wanita dan Program JHEWAnita untuk memperkasa golongan ibu tunggal serta wanita B40,” katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023, di sini, Sabtu lepas. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut memaklumkan setakat Ogos 2023, statistik golongan wanita pembuat keputusan sektor awam berjawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah berjumlah 33.3 peratus atau sepertiga daripada pemegang jawatan tersebut.

“Bagi jawatan Setiausaha Tetap pula berjumlah 9.09 peratus iaitu seorang wanita daripada 11 Setiausaha Tetap Kementerian.

Advertisement
“Peratusan Timbalan Setiausaha Tetap sebanyak 40 peratus iaitu lapan wanita daripada 20 Timbalan Setiausaha Tetap sementara Ketua Jabatan sebanyak 30.23 peratus atau 13 orang daripada 43 Ketua Jabatan,” ujarnya.

Bagi menambah baik perlindungan dan kebajikan pekerja khususnya wanita, kerajaan melaksanakan pindaan Akta Kerja 1955 merangkumi tambahan cuti bersalin kepada 98 hari dan cuti paterniti selama tujuh hari di samping mewajibkan majikan menampal notis kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.

Advertisement
Pada majlis itu, Anugerah Tokoh Wanita diberikan kepada Datuk Dr. Nuinda Alias manakala Usahawan Wanita Harapan dianugerahkan kepada Voo Nyuk Oi.

Anugerah Kepimpinan Wanita Luar Bandar pula diraih Lim Shui Ching sementara  Persatuan Wanita Cina Beaufort dinobatkan sebagai Persatuan Wanita Cemerlang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Arif. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here