Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Azam mula kehidupan baharu selepas bebas dari tirai besi
Published on: Monday, August 28, 2023
Published on: Mon, Aug 28, 2023
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Azam mula kehidupan baharu selepas bebas dari tirai besi
CLARICE (tiga dari kiri) bersama Hana (dua dari kiri) ketika ditemui di Penjara Wanita Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Tidak sekalipun terdetik untuk membunuh apatah lagi mangsa merupakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Tetapi itu yang berlaku pada 2014 apabila seorang kanak-kanak perempuan maut ketika dalam jagaan Clarice, 39, (bukan nama sebenar) yang kini merupakan penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK).

Advertisement
Clarice yang kini menjalani hukuman penjara masih dalam penyesalan namun berazam akan menjalani kehidupan yang lebih baik sejurus keluar daripada tembok batu itu pada tahun hadapan.

Dia bakal dibebaskan selepas hukumannya yang sepatutnya dijalani selama 15 tahun dikurangkan selepas mendapat remitan daripada penjara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini adalah kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar jadi banyak perkara yang saya pelajari di sini dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan.

“Kehidupan di dalam tembok ini mengajar saya erti kehidupan yang sebenar kerana kami turut dibimbing bukan saja mengenal nilai hidup tapi juga mengenal tuhan,”

Advertisement
katanya ketika ditemui pada Jumaat lalu pada Program Gaya Hidup Sihat Pertandingan Zumba Peringkat Penghuni PWKK, di Kapayan

Diminta berkongsi kisahnya, Clarice berkata, ketika itu dia baru saja pulang kerja dan mengambil alih tugas menjaga kanak-kanak itu kerana ibunya pula keluar bekerja.

Advertisement
“Ketika kejadian saya sedang membuat susu dan kanak-kanak itu duduk di atas meja namun terjatuh. Saya dapati kanak-kanak itu sudah tidak bergerak dan bergegas menghantarnya ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia.

“Saya menyerahkan diri kepada polis dan akhirnya dijatuhkan hukuman selama 15 tahun tetapi dikurangkan sehingga 10 tahun,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni yang ditemui turut berkongsi penyesalannya kerana melakukan jenayah penipuan jual beli kenderaan dua tahun lalu.

Hana, 35, (bukan nama sebenar) yang berasal dari Ranau berkata, dia melakukan jenayah itu kerana atas desakan hidup kerana perlu menanggung tiga anaknya yang masih kecil.

“Saya terlibat dalam kes jenayah komersial di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan jual beli kenderaan pada 2021.

“Ketika itu masih pandemik Covid-19 dan saya tidak dapat keluar bekerja dan suami pula tidak bekerja sejak dulu lagi.

“Jadi disebabkan terlalu kesempitan wang, saya mengambil keputusan untuk menjual kereta kami. Tetapi dalam masa sama suami juga turut menjual kereta berkenaan dan menyebabkan kami berebut masing-masing mahu menjual kereta yang sama,” katanya.

Hana berkata, disebabkan kenderaan itu telah terjual dia akhirnya diheret ke muka pengadilan kerana telah menipu dan akhirnya dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.

“Tetapi saya bersyukur kerana dalam tempoh inilah saya banyak mengenal agama kerana saya merupakan seorang mualaf. Dulu semasa di luar saya tidak tahu mengenai agama Islam, memang kosong sepenuhnya.

“Selepas masuk di sini baru saya membaca al-Quran, solat malah saya juga wakil peringkat penjara hafazan tahap dua dan mendapat tempat ketiga pada Mei lalu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here