Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kemasukan pelajar baharu ke politeknik, kolej komuniti naik hampir 20%
Published on: Monday, August 28, 2023
Published on: Mon, Aug 28, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kemasukan pelajar baharu ke politeknik, kolej komuniti naik hampir 20%
Seramai 26,539 pelajar baharu mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi akademik kali ini berbanding 22,634 pelajar pada tahun lepas atau sebelum ini. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampir 20% pada sesi akademik I 2023/2024, demikian menurut Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zahari Ismail berkata statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos lalu menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima 26,539 pelajar baharu bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sebelum ini seramai 22,634 pelajar.

Advertisement
“Ianya satu lonjakan agak besar dan sesuatu di luar jangkaan kita. Saya ingin mengucapkan tahniah, terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar JPPKK atas usaha berterusan mereka meningkatkan enrolmen pelajar di politeknik dan kolej komuniti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Daripada 36 politeknik di seluruh negara, beliau berkata, 10 daripadanya turut berjaya mencatatkan penerimaan kemasukan pelajar baharu melebihi 100%, manakala 24 daripada 105 kolej komuniti pula menerima kemasukan pelajar amat memberangsangkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara bidang pengajian mendapat permintaan tinggi di politeknik dan kolej komuniti ialah kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal (automotif), kejuruteraan awam, seni bina, teknologi makanan, teknologi maklumat (teknologi digital), teknologi kreatif, seni kulinari, bidang perdagangan serta bidang pelancongan dan hospitaliti.

“Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 Sept ini dengan menyasarkan 32,000 pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
EditorPick
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here