Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Projek Pan Borneo capai kemajuan ketara: CILT Sabah
Published on: Tuesday, August 29, 2023
Published on: Tue, Aug 29, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Projek Pan Borneo capai kemajuan ketara: CILT Sabah
Daniel berkata pengangkutan darat negeri itu telah lama terlalu bergantung kepada rangkaian jalan raya sedia ada.
LABUAN: Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah, menurut Chartered Institute of Logistic and Transport cawangan Sabah (CILT Sabah).

Pegawai Perhubungan CILT Sabah Daniel Doughty berkata bahagian Sabah dalam projek itu diterajui oleh seorang menteri dengan latar belakang kejuruteraan yang membantu menangani pelbagai cabaran dan menyumbang kepada kemajuan projek itu.

Advertisement
“Persiapan menerima keberangkatan konvoi Yang di-Pertuan Agong dari Tawau, Sabah ke Kuching, Sarawak (menggunakan lebuh raya) pada 3 September ini semakin meningkat.

“Pendekatan langsung Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merancang dan melaksanakan projek lebuh raya Pan Borneo yang tertangguh telah memainkan peranan penting dalam membawanya lebih dekat kepada siap,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Daniel berkata pengangkutan darat negeri itu telah lama terlalu bergantung kepada rangkaian jalan raya sedia ada.

“Bagi menangani perkara ini, pembiayaan yang besar daripada kerajaan Persekutuan telah diperuntukkan untuk meningkatkan usaha penyelenggaraan, dan peruntukan itu kekal sebagai faktor penting dalam memastikan keberkesanan rangkaian jalan raya dan pergerakan lancar orang dan barangan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata kemakmuran masa depan Sabah terletak pada pelaksanaan strategi pengangkutan pelbagai mod yang komprehensif.

“Perluasan rangkaian rel Sabah, khususnya perhubungan antara utara dan timur, memberi harapan yang besar. Integrasi dengan rangkaian
Advertisement
yang dicadangkan seperti kereta api Trans-Borneo memerlukan perancangan yang teliti.

“Banyak faedah akan dinikmati daripada rangkaian kereta api yang disambungkan dengan baik termasuk mengurangkan kesesakan dan mengukuh jalinan ekonomi antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata ia juga akan membuka ruang kemudahan pergerakan kargo di dalam negeri dan seluruh Borneo.

“Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan, pencapaian baru-baru ini adalah bukti kemajuan yang dicapai dan potensi yang menanti untuk infrastruktur pengangkutan Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here