Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Miliki dadah: Wanita Filipina dipenjara sembilan tahun
Published on: Tuesday, August 29, 2023
Published on: Tue, Aug 29, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Miliki dadah: Wanita Filipina dipenjara sembilan tahun
Fatma (kanan) mengucapkan terima kasih kepada peguamnya, Azhier selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina tanpa izin berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memiliki 51.15gm syabu.

Nuraida Adam mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Ismail Brahim terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta yang sama.

Advertisement
Nuraida dan seorang lagi tertuduh Fatma Maran, juga 28 dan tanpa dokumen, sepatutnya dibicarakan pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah tetapi Nuraida ditawarkan pertuduhan alternatif oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah sebelum ini dimaklumkan bahawa surat representasi yang dihantar oleh kedua-dua wanita ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya telah diterima.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nuraida mengaku memiliki dadah itu pada 3.30 petang pada 18 November 2019 di sebuah rumah di Lorong 4, Taman Putera Jaya di Manggatal.

Pertuduhan alternatif memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan, manakala pertuduhan asal mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta sama 1952 membawa hukuman mati.

Advertisement
Nuraida diperintahkan menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Mahkamah melepas dan membebaskan Fatma daripada pertuduhan asal berikutan permohonan daripada pihak pendakwaan supaya pertuduhan terhadapnya ditarik balik.

Advertisement
Terdahulu, peguam Norlaily Anuar yang mewakili Nuraida memohon hukuman ringan atas alasan berat dadah itu hanya 51.15gm dan dia telah menjalani hukuman atas kesalahan imigresen yang dikenakan pada 2 Disember 2019.

Timbalan Pendakwa Raya Rozanna Abdul Hadi, memohon hukuman lebih berat kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat dan juga memberi isyarat kepada bakal pesalah supaya tidak melakukan kesalahan serupa.

Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa jumlah dadah itu cukup untuk dianggap sebagai berat.

Fatma diwakili peguam Azhier Farhan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here