Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jabatan Peguam Negara bantah permohonan Bersatu untuk kosongkan empat kerusi di Sabah
Published on: Wednesday, August 30, 2023
Published on: Wed, Aug 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jabatan Peguam Negara bantah permohonan Bersatu untuk kosongkan empat kerusi di Sabah
Perkara 63 menyatakan bahawa kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mahkamah.
Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan empat ahli Parlimen di Sabah.

Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong.

Advertisement
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa permohonan Bersatu perlu ditolak kerana keputusan itu tidak tertakluk kepada semakan kehakiman menurut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang antilompat seperti yang dinyatakan dalam Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman kerana Perkara 63 Perlembagaan,” katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perkara 63 menyatakan bahawa kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mahkamah.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya sebagai pegawai awam parti itu pada 17 April lepas. Bersatu menamakan Johari dan empat Ahli Parlimen itu iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.

Advertisement
Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Kiandee dan Muhammad Suhaimi berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman itu perlu didengar kerana ia bukan suatu yang remeh dan menyusahkan.

“Speaker telah melampaui bidang kuasanya kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan Bersatu atau membuat penentuan bila keanggotaan responden kedua hingga kelima dalam Bersatu terhenti.

Advertisement
“Penetapan speaker itu tidak rasional dan menyalahi undang-undang kerana ia menyalah tafsir peruntukan perlembagaan Bersatu dan sewajarnya adalah kesilapan undang-undang,” kata bekas Speaker Dewan Rakyat.

Mahkamah menetapkan 16 November ini untuk keputusan permohonan itu.

Dalam permohonan itu, Bersatu memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Januari lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan Bersatu.

Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here