KOTA BELUD: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarga di sungai berhampiran sebuah pusat pelancongan, Kampung Ratau, di sini, ditemukan lemas.
Mayat warga tempatan dikenali Qiezlle Uyiko, 14, ditemukan pada jam 10.20 pagi hari ini oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian.