Kota Kinabalu: Seorang pekerja sendiri berusia 57 tahun didakwa merogol anak tirinya.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas pertuduhan terhadapnya.
Tertuduh didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Belud pada Mei 2021.
Pertuduhan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 26 September tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh sementara menunggu kes selesai.
Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin mewakili pendakwaan manakala tertuduh itu tidak diwakili.