Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Gangguan bekalan elektrik di KKIA disebabkan masalah pendawaian dalaman, kata SESB
Published on: Wednesday, August 30, 2023
Published on: Wed, Aug 30, 2023
Text Size:
Text:
Gangguan bekalan elektrik di KKIA disebabkan masalah pendawaian dalaman, kata SESB
SESB berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik miliknya yang membekalkan elektrik ke KKIA pada hari kejadian. (Gambar fail Facebook)
Kota Kinabalu: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada malam Selasa adalah disebabkan masalah teknikal dalaman pihak KKIA.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electrcity Sdn Bhd, Idris Mohd Noor, berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA pada hari kejadian.

Advertisement
SESB menerima aduan mengenai gangguan bekalan yang berlaku di KKIA pada 29 Ogos 2023 jam 9.38 malam dan pemeriksaan segera mendapati punca bekalan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama KKIA adalah normal.

“Pengesahan telah dibuat dengan pihak Pengurusan Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan dimaklumkan bahawa kerosakan tersebut adalah berpunca dari kerosakan pendawaian dalaman bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here